Dalam menjalani kehidupan, adalah penting
untuk kita saling nasihat menasihati sesama insan. Sama ada sesama
sahabat, suami isteri, keluarga dan sebagainya, kita perlu sentiasa
saling mengingati supaya kehidupan kita sentiasa termotivasi, dan tidak
menyimpang dari jalan yang benar. Berikut adalah beberapa kata nasihat
yang baik yang boleh kita jadikan panduan. InsyaAllah, sama-samalah kita
mendapat manfaat daripadanya -PakarCinta
Nasihat Yang Baik Untuk Dijadikan Panduan
PERTAMA.
Bersedekahlah kepada orang lain lebih daripada yang mereka perlukan dan lakukanlah dengan penuh kerelaan.
KEDUA.
Kahwinilah lelaki / wan ita yang
gemar anda berbicara dengannya, kerana kemahiran berbicara antara satu
dengan lain akan menjadi lebih penting pabila usia semakin tua.
KETIGA.
Usahlah mempercayai segala perkara
yang anda dengari. Berbelanjalah sekadar apa yang ada atau tidurlah
seberapa lama yang anda perlu
KEEMPAT .
Apabila kamu berkata, ” Aku Cinta Padamu”, maka tunaikanlah.
KELIMA.
Pabila mengatakan, “Maaf”, tenunglah matanya.
KEENAM.
Bertunanglah sekurang-kurangnya enam bulan sebelum kamu diijabkabulkan.
KETUJUH.
Percayailah cinta pandang pertama.
KELAPAN.
Usah tertawakan impian orang lain. Manusia tanpa impian tidak memiliki apa-apa.
KESEMBILAN.
Cintailah seseorang dengan sepenuh
hati dan penuh kasih sayang. Sungguhpun anda akan berasa seolah-olah
diri anda tersiksa, tapi percayalah itulah satu-satunya untuk
melengkapkan kehidupan ini.
KESEPULUH.
Jika berlaku perselisihan pendapat, bertengkarlah secara aman. Usahlah menyebut nama sesiapa ketika bertengkar.
KESEBELAS.
Usahlah menilai seseorang berdasarkan peribadi keluarga mereka.
KEDUA BELAS.
Berbicaralah dengan tenang dan berfikirlah dengan pantas.
KETIGA BELAS.
Apabila seseorang bertanyakan satu
soalan yang tidak anda gemari, lontarkanlah senyuman dan bertanyalah
padanya,”Kenapa anda ingin tahu?”
KEEMPAT BELAS.
Ingatlah bahawa setiap cinta dan pencapaian yang besar akan melibatkan pengorbanan dan risiko yang besar.
KELIMA BELAS.
Ucaplah “Semoga anda diberkati” apabila mendengar seseorang bersin.
KEENAM BELAS.
Apabila anda kerugian, janganlah jadi kurang ajar.
KETUJUH BELAS.
Berpeganglah kepada tiga R:
1. Rasa hormat pada diri sendiri;
2. Rasa hormat kepada orang lain;
3. Rasa tanggungjawab terhadap semua tindakan anda
KELAPAN BELAS.
Usahlah benarkan pertikaian yang sebesar hamamerosakkan sebuah persahabatan yang besar.
KESEMBILAN BELAS.
Apabila menyedari bahawa anda telah melakukan kesalahan, usahlah berlengah untuk perbetulkan kesalahan itu.
KEDUA PULUH.
Tersenyumlah ketika menjawab telefon. Pemanggil akan melihatnya daripada suara yang mereka dengar.
KEDUA PULUH SATU
Ada ketikanya anda perlu bersendirian.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar